Dua bengkel yang saya hadiri adalah Pusat Harmoni dan Umbara. Kedua bengkel itu sangat menyenangkan tapi kita ada sedikit kesusahan memahami bahasa Melayu yang diucapkan sangat cepat oleh penyampai bengkel.
Kita menaiki bas untuk tiba di Pusat Harmoni yang cukup dekat. Setibanya di Pusat Harmoni, kita semua harus melepas kasut. Kita semua dipandu oleh penyampai dan melihat-lihat gambar, buku dan berbagai hal lain. Kita juga menonton sebuah filem pendek tentang sejarah orang-orang Islam.Akhirnya, kita semua berkumpul di sebuah ruangan dan menanya Cikgu yang hadir disitu tentang berbagai macam hal.
Umbara diadakan di persputakaan sekolah. Saya pertama berpikir bahwa penyampainya sangat cetus tapi akhirnya saya menemui bahwa dia tidak begitu. Waktu itu sangat menyenangkan kerana kita dapat bermain permainan dan juga mendengar muzik dari penyampai-penyampai yang lain dan juga dari Cikgu Siti.
Saya menyarankan agar bengkel untuk tahun depan untuk menjadi lebih menyenangkan agar supaya pelajara akan tertarik untuk mengikut sebuah bengkel.
Bahasa Melayu
Saturday, 31 March 2012
Wednesday, 29 February 2012
Alat Muzik Tradisional (Entri 2)
Pengalaman saya bermain muzik tradisional bertempat di kelas. Kita diajari bermain kompang oleh Cikgu Siti dan menurut saya sangat seru. Teman-teman juga sepertinya sangat senang saat bermain kompang tapi pada pertamanya kita semua tidak boleh bermain dengan baik tapi pada akhirnya, dengan bantuan Cikgu Siti, kita boleh bermain dengan baik. Kita juga memaikan alat muzik lain yang dibawa oleh Cikgu.
Saturday, 25 February 2012
Alat Muzik Tradisional (Entri 1)
Kompang awalnya berasal dari Arab tapi dipercayai dibawa ke Tanah Melayu ketika Zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa oleh pedagang Arab. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Angklung pada awalnya berasal dari Jawa Barat, Indonesia. Tapi pada tahun 1908, terdapat pengiriman kebudayaan yang menyebarluaskan alat muzik ini ke seluruh Asia Tenggara. Canang adalah sebuah alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Alat muzik ini juga berperan sebagai alat 'penanda masa'.Canang disertakan secara berpasangan iaitu 'ibu' dan 'anak' jika dalam konteks persembahan yang berhubungan dengan teater tradisional.
Cara memalu kompang ialah menepuk kulit kompang dengan jari-jari atau telapak tangan. Kompang biasanya dimainkan bila sebuah upacara tradisi diadakan. Angklung adalah sebuah alat muzik tradisional yang terbuat dari bulu dan terdiri dari dua sampai empat tiub yang diikat bersama. Biasanya untuk memainkan angklung, seseorang hanya memerlukan untuk digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Canang biasanya dimainkan secara berpasangan dan canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang melayu. Cara memainkan canang sangat serupa dengan cara memainkan sebuah gong yaitu dipukul dengan sebatang rotan atau sepotong kayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)