Cara memalu kompang ialah menepuk kulit kompang dengan jari-jari atau telapak tangan. Kompang biasanya dimainkan bila sebuah upacara tradisi diadakan. Angklung adalah sebuah alat muzik tradisional yang terbuat dari bulu dan terdiri dari dua sampai empat tiub yang diikat bersama. Biasanya untuk memainkan angklung, seseorang hanya memerlukan untuk digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Canang biasanya dimainkan secara berpasangan dan canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang melayu. Cara memainkan canang sangat serupa dengan cara memainkan sebuah gong yaitu dipukul dengan sebatang rotan atau sepotong kayu.
Saturday, 25 February 2012
Alat Muzik Tradisional (Entri 1)
Kompang awalnya berasal dari Arab tapi dipercayai dibawa ke Tanah Melayu ketika Zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa oleh pedagang Arab. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Angklung pada awalnya berasal dari Jawa Barat, Indonesia. Tapi pada tahun 1908, terdapat pengiriman kebudayaan yang menyebarluaskan alat muzik ini ke seluruh Asia Tenggara. Canang adalah sebuah alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Alat muzik ini juga berperan sebagai alat 'penanda masa'.Canang disertakan secara berpasangan iaitu 'ibu' dan 'anak' jika dalam konteks persembahan yang berhubungan dengan teater tradisional.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment